Sunday, October 17, 2010

Rumah berhantu tanpa kepala

Satu peristiwa yang tidak dapat kulupakan ialah pengalaman berpindah kerumah baru tiga tahun yang lalu. Ayah aku kata bahawa kami akan berpindah ke rumah baru kerana rumah lama sudah usang. Pada hari itu, aku berasa bersungguh gembira. Aku pun memberitahu kawan-kawanku bahawa aku akan berpindah ke rumah  baru.

kawan-kawanku pun segera memberitahu aku bahawa rumah baru yang akan aku pindah itu berhantu ! Aku pun ketawa kerana aku sangka bahawa kata-kata kawanku itu adalah untuk menakutkan aku sahaja. Pada keesokan harinya, aku dan keluargaku pun tiba ke rumah  baru tersebut. Rumah itu sungguh besar, kami pun membersih rumah baru itu sehinggalah bersih.

waktu malam pun tiba ,ayah ,mak ,adik dan kakak aku keluar untuk menghadiri majlis perkahwinan bapa saudaraku. Aku tidak mengikut mereka kerana aku berasa letih dan penat. Sedang aku asyik menonton televisyen, tiba-tiba bekalan elektrik pun terputus. Aku pun segera menyalakan lilin. Apabila aku berada di bilik tidur, aku terdengar sesuatu bunyi dari belakang bilik air. Tiba-tiba bulu romaku tegak dan hatiku berdebar-debar.

Aku pun perlahan-lahankan langkahku dan menuju kearah bilik air untuk memeriksa apa yang berlaku. Aku terkejut apabila ternampak satu bayang yang tidak berkepala sedang mandi. aku berasa sangat takut  lalu pengsan dan rebah ke lantai.

Ketika aku tersedar, aku ternampak ahli keluarga dan jiranku  sedang memanggil aku. aku pun memberitahu mereka apa yang terjadi, jiranku pun memberitahu kami bahawa ada orang yang meninggal dunia di rumah ini, Aku berasa menyesal kerana tidak hendak mendengar nasihat kawan-kawanku. sehinggalah sekarang, apabila aku berpindah ke rumah baru lagi,namun masih lagi terbayang dengan kejadian yang tidak akanku lupakan.

1 comment:

  1. cerita menarik...tp nak tau jugak..per kaitan dengan hantu x de kepale tu dengan org yg meninggal tu? org yg meninggal tu kena bunuh ker? kepale terputus ker...puncanya..pergaduhan ker..mesti ader kaitan dengan sejarah umah tu..citer panjang sikit..syok bace mcm ni..boleh hilangkan stress n enjoy kepale...

    ReplyDelete